Wednesday, 1 January 2014

Borang Permohonan BR1M 3.0

Borang permohonan BR1M 3.0: Pendaftaran Pemohon baru bantuan rakyat 1malaysia 2014
Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan
Borang permohonan br1m 3.0 2014 borang permohonan br1m 3 0 pendaftaran pemohon baru 2014
Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0
Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya
Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan
Isi RumahSyarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi RumahSyarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik
Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online)
Sebagai makluman, setakat ini pendaftaran mahupun borang permohonan belum dibuka mahupun dikeluarkan, orang ramai diminta bersabar
Artikel ini adalah tentang penyebaran maklumat awal sahaja, penulis akan mengemaskini ruangan ini lagi dan akan memaklumkan info selanjutnya sekiranya pihak yang terlibat telah mengumumkan tarikh permohonan BR1M 3.0 dibuka
Sila ikuti ruangan dibawah bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M 2014
TarikhPenerangan dan Pemberitahuan
13 NovemberPermohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013
18 Disember
Permohonan secara manual dan dalam talian (online) BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka mulai 23 Disember ini (Isnin) sehingga 31 Januari 2014
Seperti maklumat yang diberitahu sebelum ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan
Untuk pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh berkenaan
Bagi mendapatkan borang permohonan, boleh rujuk informasi di atas
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang
Informasi seterusnya seperti muat turun (download) borang permohonan dan pautan (link) bagi pendaftaran BR1M 3.0 secara online akan disertakan dalam ruangan ini
23 Disember
Untuk permohonan baru ataupun membuat kemaskini maklumat daripada BR1M 2.0 yang terdahulu boleh di buat secara dalam talian (online) ataupun secara manual dengan mengisi borang
Permohonan BR1M 2014 secara online ataupun untuk memuat turun (download) borang adalah dengan meng-klik butang merah dibawah
Sistem Permohonan online BR1M 2014 (eBR1M) Download Borang BR1M 2014
Bagi mendapatkan panduan permohonan baru ataupun kemaskini maklumat sila klik butang biru dan merah di bawah
Panduan permohonan untuk pemohon baru menggunakan sistem dan talian (online) Panduan kemaskini maklumat permohonan secara online
Nota lain
Kepada yang membuat permohonan baru ataupun kemaskini maklumat secara manual dengan menggunakan borang, sila dihantar borang berkenaan ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran
Pemohon dinasihatkan melayari sistem online permohonan atau kemaskini maklumat BR1M 3.0 tahun 2014 bukan di waktu puncak, kerana laman berkenaan mungkin sukar diakses disebabkan capaian yang dibuat keatas laman itu pada satu-satu masa adalah terlalu tinggi


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/borang-permohonan-br1m-3-0-pendaftaran-pemohon-baru-2014#ixzz2p9Kth8Km

No comments:

Post a Comment