Sejak awal abad ke-19,
pengalaman Malaysia dalam perancangan bandar dan desa telah berkembang
sebagai satu proses pembelajaran. Perancangan telah memberi tumpuan kepada
pembinaan kampung-kampung baru, pekan-pekan baru dan skim tanah untuk
pertanian.
Perkhidmatan perancangan bandar yang sebenarnya bermula pada tahun 1921 dengan ketibaan Charles Reade, Perancang Bandar Kerajaan dari Australia Selatan untuk memberi nasihat mengenai perancangan bandar di Negeri-Negeri Melayu. Hasil kajian beliau yang dibuat berdasarkan kepada keadaan bandar-bandar, menggariskan beberapa aspek penting mengenai keperluan perancangan bandar dan keperluan bagi badan perundangan untuk mengurus pertumbuhan bandar-bandar efisien. Sehubungan itu, pada 18 Januari 1921, Jabatan Perancangan Bandar telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Reade telah memainkan peranan penting dalam merumuskan perundangan perancangan pertama, Enakmen Perancangan Bandar (1923) yang memperkenalkan Jawatankuasa Perancangan Bandar dan perancangan semula dan pengagihan lot di Kuala Lumpur dan lain-lain negeri Melayu Bersekutu. Reade telah berjaya merancang bandar baru pertama di Semenanjung Malaysia iaitu Bandar Kuala Kubu Bahru pada tahun 1924 yang mengguna pakai Prinsip Garden City dan menyediakan Pelan Pengezonan Cameron Highlands pada tahun 1928 berdasarkan perancangan pusat peranginan di Baguio, Philippine. |
|
Perancangan bandar pada
hari ini secara radikalnya diusahakan agar sejajar dengan pertumbuhan ekonomi
dan urbanisasi dengan mengambilkira pendekatan yang dibawa oleh Reade.
Pendekatan tersebut telah dimuatkan dalam garis panduan Jabatan Perancangan
Bandar dengan perluasan bahagian dan portfolio sejak penubuhannya pada tahun
1921. Jabatan telah terlibat secara langsung semenjak Rancangan Malaya
Pertama pada tahun 1956 dan dengan pelan pembangunan, telah mempertingkatkan
pengalaman dan keupayaan jabatan.
|
|
Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah banyak menyumbangan
dalam usaha negara untuk mencapai kemampanan melalui penyediaan pelbagai
dokumen perancangan masa hadapan. Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang
disediakan di bawah peruntukan Seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976, telah menjadi rangka kerja (framework) bagi mencapai perancangan penggunaan tanah secara bersepadu
dan mampan di negara ini. Rancangan struktur, rancangan tempatan, dan pelan
tindakan kawasan yang disediakan oleh Jabatan menafsirkan rangka kerja
tersebut dalam cara yang tepat di mana kemampanan merupakan aspek terpenting
dalam perancangan guna tanah.
|
|
|
|
Friday, 6 December 2013
PERANCANGAN BANDAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment