Saturday 14 December 2013



Tanah lesen Pendudukan Sementara (TOL)
Apakah yang Dikatakan Lesen Pendudukan Sementara?

Dalam kes Papoo lwn Veeriah,[1][1] Hakim Good ada menyebut, antara lain: [2][2]

“Suatu Lesen Pendudukan Sementara adalah tepat tersirat seperti namanya. Ia suatu lesen untuk menduduki dan tidak lebih daripada itu.”

            Nampaknya apa yang ditekankan oleh Hakim Good itu adalah mengenai taraf pendudukan orang atau badan atas sesuatu tanah yang diberikan lesen pendudukannya yang bersifat sementara, dan disebabkan itulah lesen itu digelar Lesen Pendudukan Sementara. Penulis David Wong[3][3] pula menyebut bahawa disebabkan tempoh sahnya yang singkat dan tidak boleh serahhak itulah mungkin menyebabkan ia dipanggil lesen. Walau apa pun, kedua-dua pemahaman iaitu mengenai ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah betul dan menggambarkan atau menberi takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’.
            Nik Abdul Rashid[4][4] mentakrif Lesen Pendudukan Sementara (beliau menggunakan istilah ‘Lesen Tumpangan Sementara’) sebagai suatu kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa negeri kepada mana-mana orang atau badan untuk melakukan sesuatu aktiviti di atas tanah; tanpa kebenaran sedemikian itu, pelaku itu akan dianggap sebagai penceroboh.
            Kedua-dua perkataan iaitu ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah penting dalam memberikan takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’. Dalam the Random House Dictionary,[5][5] perkataan ‘lesen’ bermaksud, antara lain, suatu kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa yang sah untuk melakukan sesuatu perkataan yang khusus; dan perkataan ‘sementara’ pula bermaksud menyediakan atau terpakai atau berkuat kuasa untuk sesuatu tempoh masa sahaja. Jadi, bolehlah disampulkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara adalah suatu kebenaran daripada pihak berkuasa negeri yang diberi kepada orang atau melakukan sesuatu perkara khususbagi suatu tempoh masa yang tertentu.
            Hakim Suffian dalam kes Fatimah lwn Moideen Kutty[6][6] menyebut mengenai status tanah itu dan status orang yang diberi Lesen Pendudukan Sementara. Beliau menekankan, antara lain,

“Sebelum sahaja tanah itu diberi Lesen Pendudukan Sementara …, tanah berkenaan adalah tanah negeri. Selepas diberi Lesen Pendudukan Sementara, tanah itu masih tanah negeri tetapi… (orang itu) … ada suatu lessen untuk mendudukinya secara sementara.”[7][7]  


Prasyarat Pemberian Lesen Pendudukan Sementara

Prasyarat ialah takat atau had yang perlu diperhatikan sebelum pihak berkuasa negeri boleh member Lesen Pendudukan Sementara. Peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan hal ini ialah seksyen 65 Kanun Tanah Negara yang perlu dibaca bersama-sama syarat-syarat yang diperuntukan oleh subseksyen (2) kepada seksyen 42 Kanun Tanah Negara. Peruntukan seksyen 42 Kanun Tanah Negara 1965 adalah seperti berikut:

Seksyen 42. Kuasa Untuk Melupuskan
(2) Tiada apa yang terkandung di dalam Akta ini yang membolehkan Pihak Berkuasa Negeri-
(a) melupuskan mana-mana tanah bagi maksud perlombongan (dalam ertikata takrif di bawah Enakmen Perlombongan);
(b) membenarkan pengambilan atau mengalih batu batan dari mana-mana tanah bagi maksud mendapatkan logam atau mineral daripadanya;
(c) untuk melupuskan mana-mana tanah bagi maksud mengalih hasil hutan daripadanya; atau
(d) memberimilik mana-mana tanah yang menjadikan kesannya tanah itu menjadi kurang daripada dua-perlima hektar bagi tanah kategori “pertanian” atau mana-mana syarat yang menghendaki ia digunakan untuk pertanian dimiliki oleh mana-mana orang atau badan, dengan syarat Pihak Berkuasa Negeri, dalam keadaan terkecuali, memberikan milik tanah tersebut kepada lebih daripada seorang atau badan tanpa mengira sama ada ianya kurang daripada dua-perlima ekar.
Menurut seksyen 42(2) Kanun,[8][8] pihak berkuasa negeri dilarang menberi Lesen Pendudukan sementara untuk tujuan perlombongan dan untuk tujuan mengambil hasil hutan.
            Seksyen 3(2) Akta (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960,[9][9] melarang Pihak Berkuasa Negeri menberi Lesen Pendudukan Sementara tanah negeri yang telah ditandakan dalam Warta sebagai kawasan penempatan berkelompok. Lesen Pendudukan Sementara[10][10] juga tidak boleh lagi dikeluarkan bagi tanah yang dirizabkan untuk Orang Asli. Walau bagaimanapun, tanah dalam rizab Melayu boleh diberi Lesen Pendudukan Sementara[11][11].














Friday 6 December 2013

PERANCANGAN BANDAR

Sejak awal abad ke-19, pengalaman Malaysia dalam perancangan bandar dan desa telah berkembang sebagai satu proses pembelajaran. Perancangan telah memberi tumpuan kepada pembinaan kampung-kampung baru, pekan-pekan baru dan skim tanah untuk pertanian.


Perkhidmatan perancangan bandar yang sebenarnya bermula pada tahun 1921 dengan ketibaan Charles Reade, Perancang Bandar Kerajaan dari Australia Selatan untuk memberi nasihat mengenai perancangan bandar di Negeri-Negeri Melayu. Hasil kajian beliau yang dibuat berdasarkan kepada keadaan bandar-bandar, menggariskan beberapa aspek penting mengenai keperluan perancangan bandar dan keperluan bagi badan perundangan untuk mengurus pertumbuhan bandar-bandar efisien.
Sehubungan itu, pada 18 Januari 1921, Jabatan Perancangan Bandar telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Reade telah memainkan peranan penting dalam merumuskan perundangan perancangan pertama, Enakmen Perancangan Bandar (1923) yang memperkenalkan Jawatankuasa Perancangan Bandar dan perancangan semula dan pengagihan lot di Kuala Lumpur dan lain-lain negeri Melayu Bersekutu.


Reade telah berjaya merancang bandar baru pertama di Semenanjung Malaysia iaitu Bandar Kuala Kubu Bahru pada tahun 1924 yang mengguna pakai Prinsip Garden City dan menyediakan Pelan Pengezonan Cameron Highlands pada tahun 1928 berdasarkan perancangan pusat peranginan di Baguio, Philippine.
Perancangan bandar pada hari ini secara radikalnya diusahakan agar sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan urbanisasi dengan mengambilkira pendekatan yang dibawa oleh Reade. Pendekatan tersebut telah dimuatkan dalam garis panduan Jabatan Perancangan Bandar dengan perluasan bahagian dan portfolio sejak penubuhannya pada tahun 1921. Jabatan telah terlibat secara langsung semenjak Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956 dan dengan pelan pembangunan, telah mempertingkatkan pengalaman dan keupayaan jabatan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah banyak menyumbangan dalam usaha negara untuk mencapai kemampanan melalui penyediaan pelbagai dokumen perancangan masa hadapan. Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang disediakan di bawah peruntukan Seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, telah menjadi rangka kerja (framework) bagi mencapai perancangan penggunaan tanah secara bersepadu dan mampan di negara ini. Rancangan struktur, rancangan tempatan, dan pelan tindakan kawasan yang disediakan oleh Jabatan menafsirkan rangka kerja tersebut dalam cara yang tepat di mana kemampanan merupakan aspek terpenting dalam perancangan guna tanah. 




Thursday 5 December 2013

INVESTMENT VALUATION

What is meant by “Investment”?
  The sacrifice of something now for the prospect of later benefits”
What are the “later benefits”?
-Flow of income
-Return on capital
-satisfaction
  Principles of Investment
-—Security of capital;
-Security of income from the capital invested;
-Regularity of income;
-Ease of purchase and sale of the investment;
-Low cost of purchase and sale of the investment; 
 
What are investment returns?
  Investment returns measure financial results of an investment
 Returns may be historical or prospective (anticipated). 
Payback period analysis
 
Return on Investment (ROI)
  The amount you make over and above your initial investment is your return on investment (ROI).
ROI is most commonly expressed in percentage terms (e.g. “I’m getting a 12% per annum return on my investment”).
ROI determined:
1. Gross Yield
2. Capital Growth
What is gross yield?
Annual rental income/Purchase price * 100
An indirect measure  of how much of the mortgage your tenants will pay.
What is capital Growth?
Measure the change in your property's value in time and usually expressed in percent per annum terms
Meaning of risks?
Exposure to the possibility of economic or financial loss or gain,physical damage or injury, or delay, as a consequence of the uncertainty associated withpursuing a particular course of action.

 
Popular Definitions:
1.The probability of loss
2.The probability of not receiving what is expected
3.The difference between expectations and realizations.
4.The possible variance of return relative to the expected or most likely return
5.The chance or probability that the investor will not receive the expected or required rate of return that is desired on the investment.
 
TRIP KL PADA SEM 2 TAHUN 1
 Pada 12 Mei 2013 kelas saya iaitu LAD dan PROPERTY telah mengadakan lawatan ke Putrajaya dan DBKL. Lawatan ini dilakukan sempena subjek Perancangan Bandar dan Desa yang diketuai oleh Encik Wan Ibrissan Fikry sebagai salah satu assignment daripadanya. Lawatan ini dilakukan selama 3 hari 2 malam di mana kami menginap di UTM Kuala Lumpur. 

Hari Pertama
Kami telah pergi ke pejabat perancangan bandar dan desa di putrajaya di mana kami telah diberi penerangan berkaitan dengan perancangan bandar di Malaysia. Selepas itu kami meneruskan lawatan ke perbadanan putrajaya dimana kami semua telah dibawa bejalan-jalan di sekitar Putrajaya seperti Kompleks seri perdana, taman-taman dan sempat makan di Putrajaya. Pada sebelah malamnya kami berkumpul semua untuk diskusi berkaitan dengan maklumat yang kami dapat pada masa lawatan waktu siang tadi.

Hari Kedua
Pada hari berikutnya, kami telah pergi ke DBKL untuk mengetahui proses perancangan bandar di Kuala lumpur. Di sini, kami telah diberi ceramah berkaitan dengan DBKL serta perancangan masa depan DBKL pada suatu hari nanti. Pada sebelah petangnya kami berjalan-jalan ke Berjaya Times Squares sebelum bergerak balik ke UTM

                                          1.Gambar di Kompleks Seri Perdana Putrajaya
                                          2. Gambar di dataran Putrajaya
                                           3. Gambar di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

SEKITAR GAMBAR LAWATAN KE DBKL 




Tuesday 3 December 2013

MULIA MEMAAFKAN DAN MENANGANI MARAH

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman, “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran : 133-134)
Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah ‘Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Taghobun : 14)
“Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-

Bersyukur Dengan Kekurangan

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!
Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
“After every storm there is a rainbow.”
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al Anfaal, 46) Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Monday 2 December 2013

GAMBAR KENANGAN DI UTM










MAKSUD HARTA TANAH MENGIKUT SEKSYEN 5 KANUN TANAH NEGARA

 Definisi Tanah Mengikut Kanun Tanah Negara, Akta 56 tahun 1965 di bawah Seksyen 5.
  1. Muka bumi dan semua-benda yang menjadikan muka bumi itu seperti batu dan kapur
  2. Tanah di bawah di permukaan bumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya seperti batu-batu galian
  3. Semua tumbuhan dan keluaran semulajadi yang lain seperti pokok-pokok
  4. Semua benda yang melekat pada bumi sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi
  5. Tanah yang diliputi air 

SIFAT-SIFAT HARTA TANAH
  1. Bersifat Heterogenus- Tanah tidak sama antara satu dengan yang lain.Kelainan timbul melalui perbezaan lokasi, kedudukan, sifat-sifat fizikal seperti rupa bumi dan sebagainya.Tidak ada dua jenis harta tanah yang terletak di atas suatu lot yang sama kecuali rumah pangsa tetapi kelainannya dari segi ketinggian.
  2. Harta Tanah Tahan Lama(Durability)- Tanah yang telah dibina bangunan akan mengambil masa lebih kurang 60 tahun sebelum bangunan itu sepatutnya dirobohkan. Tanah atau tapak itu pula adalah kekal kecuali kesan hakisan,pindahmilik pegangan atau kegiatan manusia. Sifat tahan lama ini menyebabkan seseorang itu perlu berfikir tentang kegunaan 'tertinggi dan terbaik' sebagai alternatif pelaburannya.
  3. Menimbulkan Berbagai-bagai Kepentingan- Kepentingan ini tidak kira samaada kepentingan kekal,pajak atau pajak kecil